Saturday 11 January 2014

Panduan mengunakan pam

Pagi ni umie nak share sikit tentang menggunakan pam... umie pasti ada diantara anda merupakan kali pertama menggunakan pam.. 

Pengalaman pertama menggunakan pam pasti agak kekok tetapi dengan amalan yang betul dan latihan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah.




Apabila menggunakan pam, ia tidak seharusnya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada pengguna jika cara penggunaan dan spesifikasinya betul.

a) Pastikan Keselesaan
  • anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, 
  • pastikan tangan dicuci bersih, 
  • gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, 
  • lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. 
  • posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak 
  • corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. 
  • Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. 
  • Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.


Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.



  • Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. 
  • Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. 
  • Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.

b) Periksa Saiz Corong

  • Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
  • Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. 
  • Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. 
  • Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.

Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Harap maklumat ini membantu!..


Untuk pesanan boleh hubungi umie,

FB : Rizaila Ab. Karim
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.



No comments:

Post a Comment