Wednesday 2 April 2014

Kaedah Lengkap Power Pumping Beserta Jadual Mengepam

Kali ni saya nak berkongsi mengenai Power Pumping. Saya pernah juga buat masa susu merudum dulu. Time baru nak masuk kerja lepas cuti bersalin. Stok susu tak berapa nak ada..hehehe. Alhamdulillah teknik power pumping dan set 3M ni bantu tingkatkan penghasilan susu dan misi penyusuan.
 


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon prolaktin lebih tinggi pada tinggi waktu ni. Ikut pengalaman saya sendiri, yang penting adalah keselesaan ibu dan waktu yang sesuai untuk mengepam. Sebab yang penting adalah keadaan si ibu pada waktu tu tenang dan terkawal. kalau tengah stress susu pun merajuk sama..hehehe. 


Kebiasaannya saya buat 4 sesi pengepaman. Kalau awal awal dulu memang sikit je susu keluar. Tak sampai satu oz pun. Lagi dukacita bila lansung tak ada. Angin je keluar tanpa sebarang hasil. Tapi xpe..saya istiqamah. Yang penting kat sini kemahuan dan niat kita, kerana bagi saya tujuan power pumping adalah untuk meransang pengeluaran susu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Untuk melihat keberkesanan power pumping, ibu harus konsisten ye. Untuk menjayakan lagi misi penyusuan, saya sarankan pengambilan supplemen. Ini penting untuk memastikan ibu kekal cergas, bertenaga dan tak stress. Pelaburan dengan set penyusuan Shaklee memang berbaloi.
  
Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding! 

Hubungi Saya :

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

No comments:

Post a Comment