Wednesday 26 February 2014

Beza Ubat dengan Suplemen


Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...
* Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
* Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...
*Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....
*Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA.

Info Credit Sofiah Ibrahim

Ingin mendapatkan produk SHAKLEE

Hubungi umie,

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Kepentingan Protein Semasa Penyusuan (Breastfeeding)



Adakah keperluan diet seorang wanita yang menyusukan anak sama dengan wanita yang tidak menyusukan anak?
TIDAK SAMA.


kepentingan protein semasa penyusuan
Breastfeeding

Kenapa TIDAK SAMA?
Kerana wanita yang menyusukan anak memerlukan lebih nutrien dan tenaga untuk penghasilan susu.
Salah satu nutrien yang sangat penting yang diperlukan oleh wanita yang menyusukan anak ialah PROTEIN.

Protein dan Penyusuan (Breastfeeding)

[TAHUKAH ANDA]
Wanita yang menyusukan anak memerlukan 2 kali ganda protein berbanding wanita yang tidak menyusukan anak.

Kenapa?
Ini kerana protein merupakan komponen utama dalam susu badan. Apabila seseorang wanita yang menyusukan anak makan protein dengan banyak, ia akan membantu memaksimakan bekalan susu wanita tersebut

Keperluan Protein

Jumlah harian Protein yang disyorkan (RDA =  Recommended Daily Allowance) ,
- wanita hamil dan menyusu : 71 gram sehari
- bukan hamil dan bukan menyusu : 46 gram sehari

Tetapi wanita yang aktif menyusukan, contohnya ibu bayi kembar memerlukan bekalan protein yang lebih dari 71 gram sehari.

Dan kerana itulah kami mengesyorkan ESP Shaklee, sumber protein terbaik dari Shaklee yang rendah lemak, tiada kolesterol, non-GMO dan lengkap dengan 9 asid amino penting.

protein penting ibu menyusu
ESP SHAKLEE


Selain menjadi "MILKBOOSTER", ESP juga banyak kelebihan lain,
1) menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri,
2) membantu hilangkan parut jerawat di muka,
3) memberi tenaga berpanjangan,
4) menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih,
5) menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur,
6) cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
7) ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan,
8) mengawal paras kolesterol dan
9) menyokong kesihatan jantung dan prostat.
10) Bagus untuk pengidap gastrik kerana protein soya yang bersifat alkali meneutralkan keasidan di dalam perut.

Untuk pesanan ESP Shaklee,
Hubungi umie,

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Saturday 22 February 2014

Set Hamil Shaklee: Testimoni

Testimoni penggunaan set hamil shaklee

"Pada entri kali nie, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandung untuk anak kedua dengan menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Tanpa vitamin daripada klinik ataupun hospital.


Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.


Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.


Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan
Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normalsaya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe…
sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je.


2. Kaki tak bengkak
Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan B complex memang
membantu lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.


3. Tidur malam selesa
Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung.Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang badan segar bugar je.


4. Kulit tak kering
Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.


5. Stretch Mark
Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.


6. Bekas-bekas hitam
Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.

Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi  moment 9 bulan yang lebih indah kan. Hehehe…

Untuk mengetahui fungsi setiap vitamin dalam Set Hamil Shaklee boleh rujuk di entri Set Mengandung Shaklee.

Nak tahu detail lagi, hubungi umie di :-

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Friday 21 February 2014

Healing Crisis atau krisis permulihan


Pengongsian berguna dari rakan Shaklee tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan. Sebab tengah hot kan sekarang ni topik ni.

Kadang-kadang bila kita makan supplement, kita tak rasa lebih sihat malah rasa lebih teruk dari sebelumnya. Sebenarnya kita sedang mengalami healing crisis. Jom baca tentang healing crisis oleh Dr. Mary Ruth Swope dari Columbia Unversity ni.

Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisisdan Kemungkinan Punca

Tanda Krisis PenyembuhanKemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantukTubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa beratTekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahanMetabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busukTanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergasSistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumurFungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berairFungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarahMungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendiTubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejasProses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktifSistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendirKetidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besarMungkin buasir
Pening, laparHipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, seduSistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)

Masalah buah pinggang



Bagaimanakah Melalui Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Especially sekarang ni dengan cuaca yang tidak menentu, kadang-kadang tak perasan cukup water intake ke tak. Minumlah sikit-sikit tapi kerap. Pilih air kosong instead of air manis. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAllah.

Semoga dapat membantu.

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Thursday 20 February 2014

Set Mengandung Shaklee

Pening dan bosan dengan vitamin semasa hamil yang diberikan oleh hospital atau klinik yang tidak memberi kesan pada diri sendiri? 

Contohnya seperti terjadi gatal-gatal akibat kulit merengang, tompokan hitam pada bahagian celah-celah ketiak atau paha atau sekeliling pinggang dan sebagainya.

Set Hamil Shaklee


Badan kita akan berubah dari segi bentuk hormon dan fizikal semasa hamil seperti:

Set Hamil Shaklee

  1. Beban berat yang semakin meningkat dengan usia kehamilan.
  2. Menghilangkan nutrient dalam badan si ibu dengan kadar yang cepat
  3. Hormon badan yang tidak stabil.
  4. Berat badan bertambah.
  5. Hemoglobin darah akan meningkat
So badan kita memerlukan satu set vitamin yang benar-benar mampu untuk menyokong kehamilan kita disamping urusan seharian bagi yang bekerjaya. 

Set Hamil Shaklee untuk trimester pertama mengandungi ESP, Bcompleks, Vitamin C, Vita-Lea dan Ostematrix. 

Apabila memasuki fasa trimester kedua dan ketiga ditambah dengan minyak ikan (Omega Guard)

Jom kita tengok fungsi setiap vitamin dalam Set Hamil ini.
Set Mengandung Shaklee

Vita-Lea
Berfungsi untuk meningkatkan mental alertness dan ketahanan terhadap jangkitan. Juga membantu fungsi pemakanan dan pencernaan. 

Selain itu, vitalea penting untuk pertumbuhan dan kemampuan reproduksi yang ia juga mempunyai sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

Pengambilan 1 biji setiap dan Obimin tidak perlu diambil lagi.
 
Set Mengandung Shaklee
 

B-Complex

Mengandungi 8 jenis vitamin B yang lebih berkesan apabila bertindak bersama dalam menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. 

Diformulakan bersama asid folik yang mencukupi untuk merendahkan risiko mengandung bayi dengan kecacatan otak atau korda spina. 

Pengambilan 1 biji setiap hari dan tidak perlu ambil asid folik secara
berasingan kerana bcompleks Shaklee mengandungi asid folik. 

Set Mengandung Shaklee

Vitamin C

Melindungi sel-sel yang mana penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-tisu tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 

Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C
meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 

Pengambilan 1 biji yang mana boleh mengurangkan kadar regangan pada kulit.

 
Set Mengandung Shaklee

 

      Ostematrix

Mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D untuk kesihatan tulang ibu dan kandungan dan sangat penting untuk pembinaan sel.

Menolong mengurangkan perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan. Ostematrix sangat bagus untuk ibu mengandung yang selalu sembelit kerana mengandungi magnesium.

Pengambilan sebanyak 4 biji bergantung kepada ibu samada minum susu atau tak kerana pengambilan untuk ibu mengandung adalah sebanyak 1000 mg – 1200mg sehari.
     
Set Mengandung Shaklee
      ESP (Energy Soy Protein)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh yang mana sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak.

Juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Set Mengandung Shaklee


      Omega Guard

Mengandungi rangkaian 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA berfungsi untuk menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting untuk perkembangan fungsi -fungsi otak bayi dan anda.

Pengambilan sebanyak 1 biji sehari

Ingin dapatkan Set Hamil ni, Hubungi umie di :-

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Wednesday 12 February 2014

Vita Lea Shaklee semasa mengandung

Pengalaman mengunakan Vita-Lea Shaklee semasa mengandung.



Umie nak share sikit pengalaman customer yang consume Vitalea shaklee ni.

Jom kita baca sama-sama.
Umie buat point-point penting dari testimoni ini

  • bulan ke-4 kehamilan HB turun
    • nurse tambah quantity pengambilan tablet Iron (yang hanyir dan menyebabkan sembelit)
  • bulan ke-5 HB turun lagi 
    • kena tambah "check-up" 2 kali sebulan
    • Doktor suruh ambik "iberet"
    • tapi keputusan HB masa sama
  • kemudian diperkenalkan dengan vitalea
    • hati berat nak mencuba al-maklum anak pertama
    • tapi kita tawakal 
    • dengan Izin-Nya Alhamdullillah
Hanya seminggu "consume" Vitalea shaklee HB mula naik, hingga "check-up" yang terakhir tiada masalah.

Testimoni





Nak dapatkan vitalea shaklee, boleh hubungi umie :)

Rizaila Ab. Karim
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar. 


Tuesday 11 February 2014

RESEPI BANCUHAN ESP SHAKLEE

Bagi mereka yg baru2 nak mencuba ESP, ramai tertanya2 pada umie, takde alternatif lain kah nak bancuh ESP ni? sebab kalau dibancuh setiap hari, boring aje..ade yg terlalu gemar sampai tak kisah, sampai meratah2 makan serbuk ESP tu sendiri! wah, saya kagum!


Tips Pengambilan ESP

Tapi ingat ya, maksimum pengambilan ESP hanya 3sudu besar sehari, supaya buah pinggang kita tidak terlalu dibebankan untuk memproses protein yang juga kita ambil dari menu seharian :) dan juga ESP ni tak boleh dibancuh dengan air panas mendidih, nanti protein ni rosak, sayanglah minum protein yang dah denature :(

Resepi ESP

Saya akan kongsikan dengan pembaca resepi2 kegemaran saya dengan ESP bila di minum di rumah :)
1. ESP + Milo + Mealshake (boleh juga tanpa mealshake)
  • 1 sudu ESP
  • 2 sudu milo
  • 1 sudu mealshake
  • Goncangkan dalam shaker, boleh diminum suam, lagi best letak ketul ais! yummy!
Inilah breakfast saya mahupun sebelum tidur, ataupun air wajib untuk sahur saya bila berpuasa
 2. ESP + Mealshake + Performance Drink

  • 1 sudu besar ESP
  • 1 sudu besar mealshake
  • 1 sudu besar/kecil performance drink
  • Shake kan semua, boleh tambahkan buah-buahan kegemeran dipotong dalam bentuk cube dan tambahkan ketul ais..menyelerakan!
Hidangan ni saya campurkan bersama potongan kiwi..minum sejuk2 memang menyegarkan!
3. ESP + TWISTER OREN
  • 3/4 gelas twister Oren
  • 1 sudu besar ESP
  • 1/4 gelas air kosong
  • Shake dalam shaker, simpan peti ais, minum sejuk2.. INI memang confirm minuman kegemaran ramai!! sebab rasanya sangat sedap..minum dengan oren sunquick pun sedap :)

Minuman yang sangat best waktu hari panas :)

4. ESP + Fresh Milk (inipun best!)
5. ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)
6. ESP + Ribena (ini juga kesukaan saya!)
7. ESP + Nesvita 3 in 1
8. ESP + Susu Anmum
9. ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda)
10. ESP + Horlicks
11. ESP + sirap bandung
12. ESP + coklat koko + oat
13. ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat
14. ESP + Milo/coklat/ + susu HL
15. ESP + kurma + oat + susu tepung + madu + air
16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (boleh buat milk booster juga ni)
17. ESP + kurma + nestum + mealshake + susu tepung
18. ESP + kurma + badam + avocado (sangat sedap minum sejukkkk)
19. ESP + Nestle Bliss (minum sejuk2)
20. ESP + Air suam (ini resepi saya nak cepat dan tiada langsung tambahan gula = SIHAT :) )

Wah, ada 20 resepi cara bancuhan ESP, boleh dipelbagaikan lagi dengan bermacam2 cara, ikut kreativiti anda sendiri. Boleh print dan letak di dapur sebagai panduan anda setiap hari bila datang mood nakkan kelainan bila minum ESP ni!

Kenapa saya sangat suka ESP?
Sebab ia mengenyangkan perut saya! dan saya jugak ada gastrik, bila minum ESP ni dia membuatkan perut saya jarang berangin dan boleh tahan lapar. kerana ESP menyediakan pelindung kepada asid hidroklorik dalam perut dan mengelakkan dari rasa pedih ulu hati, terutamanya semasa mengandung ini :)

Selamat mencuba!

Untuk pesanan Set Berpantang Lengkap Shaklee,


Hubungi Umie,

Rizaila Ab. Karim
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar. 

Sunday 2 February 2014

Soalan yang Customer Selalu Tanya Tentang Set Berpantang Lengkap Shaklee

Bila dah dekat nak bersalin... mesti tertanya-tanya nak makan supplement apa yang sesuai, bape harga nya kan.. Hari ni umie nak share tentang Set Berpantang Lengkap Shaklee di bawah ini.

Jadi umie senaraikan soalan2 yang sering ditanya dan jawapannya.


1) Berapa harganya ?
Ini memang soalan paling meletop. Untuk pertanyaan "HARGA ISTIMEWA", boleh Whatsapp umie di 019-2709769 atau PM umie di FB : Rizaila Ab. Karim atau PM di FanPage umie : Jom Sihat. Bukan sebarang harga tau.. special punye sebab tu tak boleh canang kat sini. Sebab Shaklee Malaysia tidak benarkan.

2) Set ni tahan berapa lama? 40 hari cukup tak?
Bukan takat 40 hari tapi tahan sampai 4 ke 6 bulan bergantung pada jenis produk.

3) Macam mana nak makan ni banyak sangat sampai 6 vitamin?
Ada cara makan-nya. Bukan ikut sebiji2 macam kat botol. Owhh tidak. Umie akan berikan JADUAL + TIPS EXCLUSIVE khas untuk semua pelanggan umie :-)
Sebab tu kalau beli di farmasi, tidak ada jadual + tips yang diberikan kepada anda. Oleh itu, jangan beli di farmasi ok. Mereka juga tidak menawarkan "harga istimewa" seperti umie.

4) Budget saya RM100++ sahaja. Boleh puan beri cadangan apa yang sesuai untuk saya?
Untuk budget yang di atas, umie cadangkan Vitalea dan Zink Complex.

Vita-Lea : Sepertimana yang kita sedia maklum, ibu banyak kehilangan darah semasa bersalin. Pengambilan Vitalea membantu penghasilan sel darah merah, menaikkan tekanan darah juga, bagi mengelakkan ibu rasa nak pitam dan pening.

Zink : Bagi menyembuhkan luka2 bersalin baik luaran mahupun dalaman dengan cepat. Anda tahu tak kenapa ibu bersalin sering disuruh makan pati ikan haruan? Kerana ikan haruan mengandungi kandungan zink yang tinggi. Owhh... baru tahu yer. So nak yang telan 1 biji Zink setiap hari atau tutup2 hidup minum pati haruan? Anda jawab :-)

5) Set Berpantang Lengkap ni boleh boost susu tak?
Yer boleh. Sebab semua produk dalam Set Penyusuan Lengkap 3M ada dalam Set Berpantang Shaklee ni. Cuma Alfala ajer takde. Alfalfa kalau nak makan kena tunggu habis berpantang dulu sebab Alfalfa ni panas, takut baby terceri beri pula nanti.

6) Apa KELEBIHAN SET BERPANTANG LENGKAP SHAKLEE ni jika nak dibandingkan dengan Set Berpantang lain di pasaran?
Sungguh banyak beza-nya :-)
Boleh BACA DI SINI.

7) Nak baca TESTIMONI boleh?
Yer boleh. Boleh BACA DI SINI.

Untuk pesanan Set Berpantang Lengkap Shaklee,


Hubungi Umie,

Rizaila Ab. Karim
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.