Monday 12 May 2014

performance energy drink - Performance drink Shaklee

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari ini umie nak cerita apa yang telah terjadi pada umie sejak 2 hari lepas. Hari Khamis hujan renyai-renyai waktu umie nak balik dari kerja, Dari ofis nak ke tempat letak kereta memng jauh... dekat 500 meter. So tawakal je lah dah hujan... payung pun tak de. Redah jee..

Esok nya dah selsema kat ofis, ni bahananya selalu skip makan vitamin. x pe .. boleh control rasanya. Petang tu pun sama juga. hujan renyai, redah lagi, balik dah pening.. malam tu dah tak tahan tidur je..

Esoknya sampai Ahad memang tak bangun, tumbang terus. Kesian anak-anak umie ngan Hubby x terjaga makan minum mereka. Petang tu umie gagahkan diri juga bangun, Alhamdullillah anak sulung umie dah boleh di suruh masak nasi, umie minta dia masakkan nasi, lauk beli je. Dapat anak-anak umie makan. 



Masa itu umie tak fikir lagi nak makan vitamin. Dah lama baru umie teringat kawan-kawan umie dalam kumpulan "Whatapps" ada citer kebaikan "Performance Drink Shaklee". So umie pun minum. Alhamdulillah selepas ambik hanya sekali je, badan umie yang dua hari lepas rasa sakit-sakit tak boleh nak bergerak, rasa mencucuk, kepala rasa berat, pening. Dah HILANG. 



Umie bersyukur sangat boleh buat kerja hari ini dan tak perlu untuk makan ubat. Bukan ubat ini tidak bagus, tapi kalau kita terlalu bergantung pada ubat itu juga tidak baik. Umie tak perlu nak tidur dan terbaring je di katil. Umie rasa rugi sangat 2 hari umie itu terbuang begitu sahaja. 

Ya Allah aku bersyukur kau kurniakan aku sihat dan dapat membantu orang lain ilmu dan kebaikan yang aku tahu dan alami. Alhamdullillah.

Kalau suka ilmu dan cerita umie ini bolehlah share dan like page umie

PM admin
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Tuesday 29 April 2014

TANDEM NURSING & PUMPING

TandemNursing



Soalan: Apa itu Tandem Nursing?

Tandem Nursing ialah apabila dua adik-beradik umur yang berbeza menyusukan bersama-sama. Ataupun sebelah kita susukan bayi sebelah lagi kita pam. Ia biasanya terjadi kerana bayi yang lebih tua terlalu muda untuk di berhentikan penyusuan , dan penyusuan berterusan sepanjang kehamilan. Sebenarya adalah boleh untuk kita hentikan sementara penyusuan ini masa kehamilan tapi kita mulakan sekali lagi selepas bayi baru dilahirkan.

Soalan: Bagaimana susah Tandem Nursing?

Semua anak-anak saya telah berkongsi susu dengan adik-beradik , dan saya mempunyai 5 anak-anak, paling muda 5 bulan. Ini bermakna saya telah menyusukan anak untuk 7.5 tahun. Ia adalah satu cabaran, untuk menjayakannya ! Tetapi ia adalah sesuatu yang sangat memuaskan.

Penyusuan anak kecil adalah berbeza daripada menyusukan bayi yang baru lahir , tetapi yang sebenarnya berita baik apabila bayi yang baru lahir!

Soalan : Apakah Tandem Nursing lebih mencabar daripada menyusukan bayi yang kecil dan mempunyai anak kecil yang sudah bercerai susu ?

Dalam beberapa cara, ya, dan dalam beberapa cara , tidak. Ya, kerana anda perlu mengimbangi dua bayi lapar dengan keperluan penyusuan mereka sendiri dan gaya, dan dengan ini anda akan betul-betul membuat lebih banyak susu ... Tetapi tidak, kerana Tandem Nursing bermakna naptimes tenang bersama-sama di atas katil yang besar ( Keamanan di bumi !) Plus, Tandem Nursing bermakna BENGKAK SUSU adalah kURANG . Selepas kelahiran dan bagi 3-4 bulan pertama , payudara boleh benar-benar berat dengan susu, dan bayi yang lebih tua boleh melembutkan dan menyediakan puting untuk bayi yang lapar yang selama ini tidak dapat menyusu.

Soalan: Apakah cabaranTandem Nursing terbesar anda?

Ya , saya bimbang adakah anak bongsu saya akan mendapatkan susu yang cukup . Saya ceraikan susu anak pertama saya sebahagiannya kerana bimbang apabila anak kedua dilahirkan adalah kira-kira 8 bulan. (dan saya nampaknya mengandung serta-merta, hasilnya ) Walau bagaimanapun, saya biasanya berasa kurang overextended daripada yang saya lakukan jika saya tidak buat TANDEM NURSING .

Soalan: Adakah Tandem Nursing membuat anda rasa " disedut kering? "

Dengan atau tanpa bayi yang baru, kanak-kanak kecil boleh membuat Mama berasa begitu. Jadi saya tidak akan mengatakan bahawa Tandem Nursing untuk disalahkan. Penyusuan anak kecil adalah satu pengalaman yang berbeza daripada menyusukan bayi yang kecil. Anda perlu mengimbangi keperluan, kehendak , dan kehendak bayi daripada ibu. Adalah penting untuk menjayakan hubungan seiring susu ibu, ibu merasakan bahawa dia boleh meletakkan had tertentu ke atas hubungan dengan anak kecil jika dia perlu . Walau bagaimanapun, jika anda boleh berbuat demikian , ia adalah satu pengalaman yang indah dan memuaskan .

Difailkan di bawah Soalan Lazim oleh Jessica

Tuesday 8 April 2014

SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE : Jadual Makan / Pengambilan Vitamin


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

MESTI anda cari blog ni.. .sebab anda sedang hamil kan... dan anda telah mendengar cerita dari kawan-kawan berkenaan Set Hamil Shaklee dan terasa ingin mencuba Set Hamil Shaklee yang kini semakin "famous".


Gambar di atas ialah SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE.

Ia terdiri dari :
1) ESP - satu canister 850g tahan maksimum 1.5 ke 2 bulan
2) OmegaGuard - tahan 3 bulan
3) Ostematrix - tahan 1 ke 2 bulan
4) B Complex - tahan 4 bulan
5) Vitamin C - tahan 6 bulan
6) Vita-Lea - tahan 2-4 bulan

Ramai yang bertanya " Macam mana cara nak makan Set Hamil Shaklee ni? Banyak sangat sampai 6 item " Bukan telan serentak. Ada cara atau jadual makan bagi Set Hamil Shaklee ini.

Di bawah ialah cadangan jadual makan bagi Set Hamil Shaklee secara umumnya. Namun jadual ini tidak fixed, saya sering mengubah suai jadual mengikut kesesuaian pelanggan saya.
  • Selepas sarapan pagi :
  1. 1 sudu besar ESP + bancuh dengan satu cawan air suam
  2. 1 biji Vitamin C
  3. 1 biji Vita-Lea (namun bagi yang ada masalah low BP atau low HB, saya sarankan anda mengambil 2 biji Vita-Lea)
  •  Selepas makan tengahri :
  1. 1 biji B Complex
  2. 1 biji OmegaGuard
  • Selepas makan malam :
  1. 1 sudu besar ESP + bancuh dengan satu cawan air suam
  2. 4 biji Ostematrix (bagi ibu2 yang mengamalkan minum susu, cukup sekadar mengambil 2 biji Ostematrix)
Sudahkan anda membaca LAIN-LAIN ENTRI tentang KEHAMILAN ?
Jika belum, jemput klik LINK di bawah,
1) Morning Sickness dan Kepentingan Vitamin B
2) Nutrisi Yang Baik Untuk Kehamilan Yang Sihat
3) Pengalaman Kehamilan Yang Sungguh Berbeza
4) OBESE ketika hamil. Ketahui RISIKO-nya
5) Hamil di usia lewat 30-an

Jika anda ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, boleh menghubungi umie :-

PM admin : Facebook Rizaila Ab. Karim
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  Pos laju seluruh Malaysia.

Monday 7 April 2014

Alhamdullillah dengan Set Hamil Shaklee membantu Pn. Nieyta - diawal kandungan keluar darah

Dengan Nama Allah yang MAHA Pemurah lagi MAHA Mengasihani.

Hati ibu mana yang tidak runsing dan susah hati, bila mendapati baby yang dalam kandungan nya tidak dapatkan dipastikan samada boleh hidup atau tidak.

Sejarah mengandungkan nya
  • keluar darah diawal kandungan. 
  • 6 bulan mengandung baby songsang
Tidak mahu hanya menunggu, Pn. Nieyta, ikhtiar dengan suplemen atau makanan tambahan. Tidak mudah menyerah sebelum berusaha. Dengan ini Pn. Nieyta telah menggunakan produk Shaklee iaitu Set Hamil.


Hanya 4 jam dalam bilik bersalin, Alhmadullillah lahirnya baby boy Ahmad Nabhan Fadlullah dengan sihat, kulit putih macam kapas, bibir merah bak delima. Dengan bangga Pn. Nieyta berkata makan suplemen dari ptoduk SHAKLEE.

Bak kata Pn. Nieyta tak rugi habiskan duit beli produk yang terbaik.



Ingin dapatkan Set Hamil seperti Pn. Nieyta, hubungi umie :-

PM admin : Facebook Rizaila Ab. Karim
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  Pos laju seluruh Malaysia.

Friday 4 April 2014

Harga Set Berpantang Shaklee yang paling Murah dan Jimat, serendah RM69 sebulan!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Walaupun saya belum lagi pernah menggunakan Set Berpantang Shaklee, almaklumlah masa beranak dulu belum sempat bercinta-cintaan dengan Shaklee lagi, tapi saya sangat percaya keberkesanan set berpantang shaklee. Ini bukan omongan kosong, saya bercakap berdasarkan kajian Shaklee terhadap suplemen mereka.

Kenapa Shaklee Sentiasa Berkesan?


Jaminan Shaklee

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.


Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

  • Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji 
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga 
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee 
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa 
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee 
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
Jadi kenapa perlu ragu-ragu lagi? Keberkesanan sesuatu produk bukan hanya dibuktikan melalui testimonial sahaja, testimonial itu bagus, tetapi lebih baik sekiranya ianya dapat dibuktikan dengan kajian-kajian saintifik. Berbalik kepada kisah set berpantang shaklee, set ini telah menjadi satu fenomena di kalangan ibu berpantang. Google je “Set Berpantang”, 90% keputusan akan memaparkan set berpantang shaklee. Sekiranya anda tergolong di dalam ibu-ibu yang memilih untuk berpantang secara moden, set berpantang shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Saat kelahiran si comel adalah detik yang menggembirakan buat ibu-ibu. Namun begitu, aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin adalah kritikal dan perlu dijaga.

Kenapa Set Berpantang Shaklee Menjadi Pilihan Ibu-Ibu Moden?

Jaminan Shaklee
  1. HALAL – Suplemen Shaklee telah diiktiraf HALAL dan mendapat status Halal daripada Islamic Service Of America (ISA), sebuah badan yang diiktiraf oleh JAKIM (tidak perlu semak logo halal pada produk, kerana tiada logo halal dipamerkan oleh ISA)
  2. SELAMAT – Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk semakan, boleh rujuk di sini.
  3. ASLI – Menggunakan 100% bahan semulajadi dan asli. Tiada bahan kimia. ~ Ini jaminan Shaklee “Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan”
  4. CEPAT – Boleh digunakan seawal 2 jam selepas bersalin. Ibu yang menyusukan anak boleh ambil set ini walaupun anak mengalami demam kuning / jaundice.
  5. MUDAH – Tiada persediaan diperlukan untuk pengambilan set berpantang ini. Tidak perlu tumbuk, lenyek, panaskan dan sebagainya yang anda boleh namakan semasa berpantang.
  6. SELESA – Ibu bersalin secara pembedahan boleh terus ambil set berpantang ini.
  7. PANTAS – Penyembuhan yang pantas bagi luka pembedahan, luka jahitan dan memulihkan organ peranakan
  8. PRAKTIKAL – Membantu ibu-ibu moden menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan seterusnya sehingga ke 2 tahun.
  9. CERGAS – Memberi tenaga yang diperlukan oleh ibu-ibu berpantang
  10. CANTIK – Mengekalkan kecantikan ibu-ibu berpantang. Merupakan bonus tambahan bagi ibu berpantang, bagus untuk kesihatan kulit, gigi dan tulang

Pemilihan Set Berpantang Shaklee

Set Berpantang
Kebanyakan ibu-ibu bersalin menghadapi kesukaran untuk memilih set berpantang terbaik yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan dan juga keperluan poket. *sigh* Pasaran dibanjiri dengan pelbagai jenis set berpantang dari pelbagai jenama, jenis dan harga. Walaubagaimanapun, hasil dari pemerhatian saya, set-set berpantang ini kebanyakannya tidak mesra pengguna. Pengguna tiada kebebasan untuk memilih set yang betul-betul sesuai dengan keperluan mereka. Atas kesedaran ini, kami menyediakan beberapa kombinasi set berpantang yang disesuaikan mengikut keperluan ibu-ibu moden berpantang, agar pengambilan set berpantang ini boleh dioptimakan penggunaannya dan tiada pembaziran berlaku.

Set Berpantang Shaklee
Set Berpantang Shaklee Untuk Ibu-Ibu Moden

Set Berpantang Shaklee, Asas

  • Mengandungi Vitalea, B Complex, SR Vita C Plus dan Zink 
  • Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara normal/pembedahan 
  • Membantu penyembuhan yang pantas dari luka bersalin 
  • Pemulihan luka dalaman rahim 
  • Membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa kelahiran 
  • Membantu menenangkan ibu, mengelakkan daripada bentan atau meroyan 
  • Memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi 
  • Selamat diambil oleh ibu yang menyusukan bayi walaupun bayi mempunyai G6PD 
  • Untuk bayi yang lebih sihat dan tenang

Set Berpantang Shaklee, Extra

  • Mengandungi Set Berpantang Shaklee Asas + Ostematrix + ESP Shaklee
Selain daripada kelebihan yang diperolehi melalui Set Berpantang Shaklee Asas, set ini berfungsi:-
  • Menyokong penyusuan susu ibu 
  • Membantu menghasilkan susu ibu 
  • Memenuhi keperluan kalsium ibu dan anak 
  • Membantu mengurangkan/menghilangkan stretch mark selepas bersalin 

Set Berpantang Shaklee, Premium

  • Mengandungi Set Berpantang Shaklee Extra + Alfalfa + Lecithin
Selain daripada kelebihan yang diperolehi melalui Set Berpantang Shaklee Asas, set ini berfungsi
  • Menurunkan berat badan sambil menyokong penyusuan susu ibu 
  • Memejalkan otot-otot yang lembik dan menggelebeh 
  • Merapatkan bahagian kewanitaan

Harga Set Berpantang Shaklee yang paling Murah dan Jimat, serendah RM69 sebulan!!

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya berkenaan set berpantang shaklee ini selalunya adalah, berapa harga yang perlu dibayar untuk set berpantang terbaik ini?

  • Set Berpantang Shaklee Asas – RM275 untuk kegunaan sehingga 4 bulan (kecuali SR Vitamin C Plus boleh bertahan sehingga 6 bulan!!). Harga termasuk kos penghantaran serta konsultansi pengambilan vitamin dan penyusuan susu ibu.
  • Set Berpantang Shaklee Extra – RM475 untuk kegunaan sehingga 4 bulan (kecuali SR Vitamin C Plus boleh bertahan sehingga 6 bulan!!). Harga termasuk kos penghantaran serta konsultansi pengambilan vitamin dan penyusuan susu ibu.
  • Set Berpantang Shaklee Premium – RM590 untuk kegunaan sehingga 4 bulan (kecuali SR Vitamin C Plus boleh bertahan sehingga 6 bulan!!). Harga termasuk kos penghantaran serta konsultansi pengambilan vitamin dan penyusuan susu ibu.

Saksikan video temuramah seorang ahli keluarga jutawan Shaklee bersama pengguna set berpantang shaklee yang berpuas hati. =)

Testimoni Pengguna Set Berpantang Shaklee; Bersalin Pembedahan


Hubungi umie di :-

PM admin : Facebook Rizaila Ab. Karim
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  Pos laju seluruh Malaysia.

Thursday 3 April 2014

6 Sebab Kenapa Mesti Pilih Set Hamil Lengkap Shaklee

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Jemput baca sharing dari Puan Azeni.

"Pada entri kali nie, saya ingin berkongsi pengalaman saya mengandung untuk anak kedua dengan menggunakan produk Shaklee sepenuhnya. Tanpa vitamin daripada klinik ataupun hospital.

Dulu masa mengandung anak yang pertama, Aqil Thaqif dalam tiga tahun lepas memang sepenuhnya ambik vitamin daripada klinik. Tak penah kenal Shaklee pun. Dan untuk kandungan kali kedua ini yang hampir memasuki 8 bulan, alhamduillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang membantu.



Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcompleks, Vitamin C, Ostematrix, ESP dan Omega Guard.


Set Hamil Shaklee: Testimonial Diri Sendiri

Antara perbezaannya yang saya rasai masa mengandung menggunakan Set Hamil Shaklee ialah:

1. Berat Badan
Berat badan naik tidak mendadak berbanding terdahulu. Berat normal saya adalah 55kg. dulu semasa dalam trimester ketiga, berat saya mencecah hampir 80kg dan ke atas. Warrghh bayangkan macamna saya berjalan perut yang sangat besar ke depan tapi same time nak jatuh ke belakang.. hehehehe…
sekarang ini dah hampir 8 bulan berat dalam 70 kg je. Sekarang saya ambik ESP untuk minum pagi dan malam. So takda tengah-tengah malam mencari makanan je. 


2. Kaki tak bengkak
Dulu kaki saya bengkak macam kaki gajah. Takut nak tengok apatah lagi nak jalan pun lenguh dan sakit. Kandungan kedua alhamduillah boleh sarung lagi sandal cantek. Hehehe. Kaki bengkak disebabkan perjalanan darah tidak sempurna ke seluruh anggota badan dan Bcompleks memang
membantu lancarkan perjalanan darah. Selain itu, posisi tidur perlu mengiring di sebelah kiri yea untuk memastikan organ dalaman kita berfungsi dengan baik.

3. Tidur malam selesa
Normal bagi ibu mengandung apabila tengah malam ataupun tengah pagi mesti urat kaki tertarik. Saya memanggilnya tarik mengkarung. Fuhh memang sakit kan. Ostematrix memang banyak bantu saya untuk kurangkan sakit mengkarung tue. Tambahan pulak bangun pagi memang badan segar bugar je.


4. Kulit tak kering
Kandungan yang pertama dulu, kulit sangat kering sampai bersisik la. Kalau digaru akan tinggal kesan putih. Tapi dengan ESP, Vitalea (multivitamin) dan Vitamin C, masalah kulit kering dapat diatasi dan masih kekal bertenaga walaupun memboyot kan. Selain itu, saya perasan muka saya tak sembab dan ramai jugak yang menegur terutamanya teman office la.


5. Stretch Mark
Igauan bagi semua ibu-ibu yang mengandung. Stretch mark pada sekeliling kulit perut dan juga pada paha. Disebabkan masa kandungan pertama dulu, memang saya banyak sangat kulit-kulit pecah ini. Tapi apa kan daya kan. Ingatkan adalah perkara biasa je. Rupanya boleh dielakkan dengan pengambilan vitamin yang betul dan sesuai. Sekarang stretch mark masih ada disebabkan kandungan pertama dulu tapi tidak la ketara sangat la. Memang banyak membantu ESP. saya sangat suka.


6. Bekas-bekas hitam
Dulu masa kandungan pertama, memang banyak sangat kesan-kesan hitam di kawasan celah-celah ketiak dan paha. Tapi kandungan ini masih ada tetapi tidak terlalu banyak berbanding dulu. Menurut doktor, ini disebabkan perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.

Banyak kelebihan menggunakan Set Hamil Shaklee ini. Sebab bukan sahaja boleh digunakan semasa mengandung malah boleh digunakan semasa berpantang cuma add on Alfalfa dan Zink sahaja. Saya rasa berbaloi sangat melabur dengan set hamil ini kerana ia membantu saya untuk menghadapi moment 9 bulan yang lebih indah kan. Hehehe…

Nak dapatkan semua vitamin yang disebut oleh Pn. Azeni, Hubungi umie di :-

PM admin : Facebook Rizaila Ab. Karim
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  Pos laju seluruh Malaysia.


Wednesday 2 April 2014

Kaedah Lengkap Power Pumping Beserta Jadual Mengepam

Kali ni saya nak berkongsi mengenai Power Pumping. Saya pernah juga buat masa susu merudum dulu. Time baru nak masuk kerja lepas cuti bersalin. Stok susu tak berapa nak ada..hehehe. Alhamdulillah teknik power pumping dan set 3M ni bantu tingkatkan penghasilan susu dan misi penyusuan.
 


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon prolaktin lebih tinggi pada tinggi waktu ni. Ikut pengalaman saya sendiri, yang penting adalah keselesaan ibu dan waktu yang sesuai untuk mengepam. Sebab yang penting adalah keadaan si ibu pada waktu tu tenang dan terkawal. kalau tengah stress susu pun merajuk sama..hehehe. 


Kebiasaannya saya buat 4 sesi pengepaman. Kalau awal awal dulu memang sikit je susu keluar. Tak sampai satu oz pun. Lagi dukacita bila lansung tak ada. Angin je keluar tanpa sebarang hasil. Tapi xpe..saya istiqamah. Yang penting kat sini kemahuan dan niat kita, kerana bagi saya tujuan power pumping adalah untuk meransang pengeluaran susu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Untuk melihat keberkesanan power pumping, ibu harus konsisten ye. Untuk menjayakan lagi misi penyusuan, saya sarankan pengambilan supplemen. Ini penting untuk memastikan ibu kekal cergas, bertenaga dan tak stress. Pelaburan dengan set penyusuan Shaklee memang berbaloi.
  
Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding! 

Hubungi Saya :

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Tuesday 1 April 2014

Teknik Tandem Pumping Hasilkan 7oz Dalam 10 Minit - Testimoni Set Menyusu 3M Shaklee

Tandem pumping merupakan teknik menyusukan anak sambil mengepam dalam masa serentak. Teknik ni digunakan bagi tujuan rangsangan maksimum untuk menghantar signal ke tubuh. Teknik ni sesuai dumulakan pada awal kelahiran bayi kerana bayi yang tidak selesa mungkin menghalang dari teknik ni dilaksanakan. Kalau tandem pumping ditambah dengan supplement penyusuan Shaklee, hasilnya mesti awesome seperti testimoni ni kan..tak sampai 10 minit dapat 7 oz..power tak power la kan..hehe


"Cikgu Sue - Alhamdulillah..rezeki anak hari ni..pam (7 oz) tak sampai 10minit..dari sebelah kanan je..sebelah kiri baby pump..hehhe.(tandem pumping)..terima kasih atas tunjuk ajar"

Bila kita lakukan tandem pumping, kita diibaratkan melakukan kerahan tenaga pada tubuh untuk maksimumkan penghasilan susu..kita taknak la kan andai berjaya menyusu, tapi tubuh jadi lesu, kulit jadi kusam dan tak bermaya, rambut keguguran..semuanya kerana zat tubuh kita digunakan sepenuhnya untuk tujuan penyusuan. Di sini fungsi supplement diperlukan bagi menjaga penampilan yang menarik seorang wanita.

Jika berminat menjadi super mom dengan supplement hebat Shaklee boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Ramai dah mencubanya dan berpuas hati termasuk saya. 

Hubungi umie :-

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Monday 24 March 2014

ESP Shaklee Sembuhkan Gastrik

Bila dengar je perkataan GASTRIK mesti jadi seram sejuk heheh... Yang dah alami gastrik ni tahu la macam mana rasa sakitnya penyakit gastrik ni kan. Untuk yang tidak mengetahui apa itu gastrik.. Jom saya kongsikan info tentang penyakit yang berkaitan dengan perut.

APA ITU GASTRIK ?
Gastrik dalam istilah perubatan dipanggil Gastritis. Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang.

Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.



Jika ada yang mengadu sakit perut apabila lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana kerana lapisan mukosa yang lemah.

TANDA-TANDA GASTRIK
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :-

○ Najis menjadi hitam seperti tar
○ Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi






BAGAIMANA ESP MEMBANTU?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Ok jom baca 3 testimonial pengguna ESP


# Testimonial 1





# Testimonial 2




# Testimonial 3



Ingin dapatkan ESP Shaklee untuk masalah gastrik anda? Cegah sebelum parah !!

Hubungi umie :-
PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

ESP Shaklee |Selamat Tiinggal Gastrik

ESP Shaklee Bantu Pulihkan Gastrik. Selamat Tinggal Gastrik Energized Soy Protein GastrikAs Salam, Umie nak share tentang penggunaan ESP Shaklee dalam membantu penyembuhan gastrik.

Umie pasti, anda yang sedang membaca post ni selalu mengalami

  • Sakit perut pada atas perut betul2 bawah rusuk. Ada kan?
  • Sering rasa senak dan pedih pada perut. Betul?
  • Perut selalu buat hal. Tak selesa. Kan?
  • Selalu rasa loya dan mudah muntah. Cuba ingat2
  • Tak bernafsu makan. 
  • Bila tak de nafsu makan, berat pun kurang. 

Jika jawapan anda ya untuk mana mana soalan diatas. Anda berkemungkinan mengalami gastrik.


Macam Mana Boleh Kena Gastrik?

Gastrik ni bukan penyakit keturunan. Anda kan sibuk, selalu skip breakfast.


Meeting sampai skip meal. Gastrik

Lunch pun kadang kadang tak makan. Meeting drag sampai habis kerja. Contohnya keje gomen. Meeting pagi petang sampai balik.


Bila perut kosong tak makan, asid perut akan hakis perut anda. Akhirnya luka pada dinding perut. Ulser dalam perut dipanggil gastrik.


Gastrik ni alasan utama orang skip puasa kan. Hihi~


Bagaimana ESP membantu mengurangkan dan pemulihan gastrik? 

Sembukan gastrik dengan energized soy protein

Sifat kacang soya sendiri adalah alkali. Berlawan dengan sifat asid perut.

Jadi bila anda makan ESP Shaklee, kesan gastrik akan dikurangkan dengan meneutralkannya.


Lepas tu, zat dalam ESP akan digunakan untuk membina dan memulihkan dinding perut yang luka kerana gastrik.


Maksudnya, ada 2 dalam 1. Kurangkan gastrik dan bantu bina tisu baru.


Apa yang lebih bagus, anda akan kenyang lebih lama kerana ia lambat dihadam.


Tinggal dalam perut lebih lama. Mudah pula dibancuh, tak perlu skip sarapan dan lunch lagi.


Bawak je ke pejabat.


Banyak lagi kelebihan ESP ni. Boleh baca artikel Manfaat Lain ESP Pada Kesihatan?


Insyaallah anda akan nampak kesannya dalam masa yang singkat. 


Testimoni Pengguna ESP Untuk Rawat Gastrik



Testimoni ESP shaklee untuk gastrik


Testimoni sembuh gastrik dengan ESP

Harga runcit untuk ESP shaklee RM150. Nak dapat murah lagi boleh jadi ahli. 


Harga ahli lebih murah. Dan banyak lagi kelebihan. 
 
Hubungi umie :-
PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Energizing Soy Protein Shaklee | Review Harga Khasiat Dan Kelebihan |Best Ke?

As Salam, Energizing Soy Protein Shaklee. Satu produk yang dah capai tahap fenomena.

Mana taknya, setiap bulan habis je. Terpaksa restok pun habis juga. Alhamdullilah.


Inilah penangan daripada produk hot selling ni. Produk ni menjual sendiri.
Sebab orang dah kenal, tak perlu di dedahkan kelebihan yang ada pada Energizing Soy Protein ni.

Jom kenali produk laku keras dari shaklee ni.

Apa Itu Energizing Soy Protein Shaklee (ESP)?

ESP Shaklee adalah minuman protein berasaskan soya. Ala ala minum air soya ni Bezanya dengan kacang soya dipasaran, kacang soya yang digunakan adalah jenis ASLI.





Anda mesti tertanya tanya, apa yang ASLInya dengan kacang ni.

Kacang ni tak melalui penubahsuaian genetik. Hasil campur tangan saintis untuk banyakkan hasil tuaian dan menjadikan ia bebas penyakit. nama lainnya GMO (Genetically Modified Organic)

Tumbuhan GMO ni bawa mudarat pada manusia dan haiwan. Sebab serangga pun tak berani serang.
Cuba anda teka kenapa? Serangga tu tau ada mudarat pada tumbuhan ni.
Kalau serangga pun tak berani makan, cuba teka apa kesannya pada manusia.

Cube google, kenapa GMO ni berbahaya.

Jadi saintis Shaklee dah buat kajian pada kacang soya asli dan cari manfaatnya.
Alhamdulillah, hasinya Energizing Soy Protein Shaklee yang kaya dengan 22 asid amino.
9 daripadanya tidak boleh dihasilkan badan.

Asid amino berbeza digunakan badan untuk hasilkan sel baru dan ganti sel yang dah rosak.
Dan semuanya alhamdulillah ada dalam ni.
Bestkan uolls.

Kenapa Makan ESP Shaklee?
Salah satu sebabnya ialah semua orang boleh makan.

Dari yang muda, kanak kanak, kepada ibu mengandung, menyusu dan warga emas, semua boleh dapat manfaat darinya.

Satu produk untuk pelbagai kegunaan. Boleh tahan.

Dan ESP sangat bagus untuk kecantikan kulit muka dan seluruh badan. Makan secara berterusan dan orang orang disekeliling kita akan mula perasan.

"Eh.. Ko makan apa ya? Kulit dah makin cantik"



Apa kelebihan ESP Shaklee?

1. Haa.. Meh2 pakat makan ESP. Semua orang boleh makan. Mak ayah, anak datuk nenek, insyaallah semua boleh makan.

2. Awet Muda. Makanan kecantikan. Badan kita perlukan zat dari asid amino membina sel baru. Sel berbeza perlukan bahan mentah berbeza (asid amino)

* Alhamdulillah semua asid amino tu ada dalam ESP. Senangkan tak perlu makan banyak untuk dapat semua.

3. Siapa ada masalah jantung? ESP membantu rendahkan paras kolestrol. Insyaallah dapat kurangkan risiko sakit jantung dan osteoprosis.

4. Tiada bahan pengawet dan bahan kimia. 100% sumber semulajadi




5. Bagus untuk kesihatan prostat lelaki. Anda mesti beri orang tersayang makan ni. Ayah, Tunang, Suami dan anak. Kajian menunjukkan ia boleh mencegah sel kanser dari merebak.

6. Mempunyai anti oksida pemusnah radikal bebas. Kenapa bagus ek? Nak elakkan kanser.

7. Membantu pemulihan luka yang lebih cepat. Sangat sesuai untuk pesakit, ibu baru bersalin dan menjalani pembedahan. Mommies best friend

8. Energizing Soy Protein Shaklee memberikan sumber tenaga yang tahan lama. Anda akan kenyang lebih lama dan sesuai untuk diet.

9. Baik untuk kulit dan rambut. Uban lambat keluar, dan kurangkan pigmentasi kulit. Produk wajib dalam set kecantikan kulit shaklee.

10. Makanan minda. Baik untuk memori anda.



Hubungi umie :_
PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Friday 21 March 2014

PROMOSI MARCH 2014 - ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE ( ESP ) BUY 6 FREE 1

March Special Offer - ESP SHAKLEE BUY 6 FREE 1


Kalau anda berminat nak order ESP 1 sahaja dengan harga promo pun takde masalah ye .. Hanya bulan ni sahaja boleh dapat harga promosi . . Jadi jangan lepaskan peluang .

Healthy choice for the whole family .

Anda rasa ada masalah kulit muka kusam , xberseri, xbermaya, badan letih2 dan xbertenaga.. Energizing Soy protein (ESP ) sangat membantu. Ramai yg berpuas hati dgn hasil menggunakan ESP secara konsisten..
 
Antara keistimewaan ESP Shaklee :
  •     membantu menghilangkan jeragat dan parut termasuk parut jerawat
  •     membantu melancarkan penyusuan susu ibu
  •     membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
  •     membantu badan ibu menghasilkan susu yg lebih pekat dan sekaligus menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
  •     menganjalkan kulit
  •     cepat kenyang & membantu dalam pengurusan berar badan
  •     memberi tenaga berpanjangan
  •     meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
  •     membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
  •     utk masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yg sihat
  •     membantu masalah gastrik
  •     mengurangkan paras kolesterol
  •     mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat
  •     menghalang pembentukan batu karang
  •     menghalang sel tidak normal membiak menjadi sel kanser
  •     mengekalkan tenaga berjam lamanya
  •     membina sel kulit, otot, hormon yg seimbang, menyokong sistem imun badan
  •     menyokong kesihatan jantung & prostat

TAHUKAH ANDA ???
Dengan pembelian ESP Shaklee BUY 6 FREE 1 ini , anda layak dapat :
  •     FREE 1 ESP Shaklee - 850 gram (RM150)
  •     Pendaftaran Ahli Shaklee secara percuma (RM65)
  •     PULANGAN WANG berjumlah RM30++ 
Nampak tak, banyak sangat PENJIMATAN yang anda boleh dapat dari situ , iaitu berjumlah hampir RM250 !! Ruginyaaaa kalau anda lepaskan peluang promosi dari Shaklee ni tau x ... ( PROMOSI ESP Shaklee yang jarang datang menjengah )


Hubungi umie untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa ...

PM admin
SID : 907224
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.  

Monday 10 March 2014

TESTIMONI: Susu makin bertambah, kulit kasar dah takde, badan rasa sedap, hubby makin sayang.. Teruja? Set apakah ini? Jom baca..

AlhamduLILLAH! Sudah masuk March .. sekejap je rasa kan..? InshaALLAH, saya PERCAYA bulan ni akan membawa seribu rahmat kepada saya dan juga anda sekalian.. 

Harini saya nak berkongsi TESTIMONI... haha.. kalau cakap pasal testimoni ni ramai yang suka baca, teruja nak percaya ke tidak kan.. tapi hanya yang dah cuba dan dah rasai KEHEBATAN Shaklee ni je faham apa yang saya katakan ni.. haha.. Jadi, harini saya nak share testimoni seorang ibu menyusu, Puan Sakinah yang mengambil Family Wellness set+Ostematrix+Alfalfa (set 3M) untuk menjayakan penyusuan anak beliau... mari saya kongsikan bersama anda..




Walaupun baru 2 minggu mengamalkan breastfeeding set ini, beliau sangat teruja dengan KEBAIKAN set ini.. AlhamduLILLAH.. sebab itulah saya katakan set ini adalah set yang LENGKAP untuk ibu dan juga bayi. Apa yang penting, kesihatan jangka panjang.. Dan kita perempuan ni perlu bekerja untuk 3 pihak: diri sendiri, suami dan anak. Inilah set yang beliau ambil >>



Walaupun susu anda banyak, anda MASIH perlukan SOKONGAN VITAMIN kerana vitamin untuk ibu menyusu bukan hanya sebagai milk booster, tetapi juga MENGEKALKAN KESIHATAN JANGKA PANJANG IBU dan ANAK.

Pemakanan harian kita sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi badan kita, ini kerana (sebagai contoh) KHASIAT PROTIN di dalam daging, ikan atau telur yang dimasa
k pada SUHU TINGGI sudah MUSNAH. Jadi, sebagai ganti, kita perlukan pengambilan PROTIN dari supplemen harian.

Sedar atau tidak, anda sebenarnya perlu invest sekali ganda untuk mendapatkan VITAMIN TERBAIK ini tetapi anda perlu INVEST DUA KALI GANDA jika anda jatuh sakit atau bila anak tidak sihat akibat jangkitan virus. Itu belum lagi ditambah dengan EMOSI yang tidak tenteram memikirkan anak yang tidak sihat.

Tepuk dada, tanya selera!



Hubungi umie :


PM admin : Facebook Rizaila Ab. Karim
SMS/Whatsapp : 019-2709769
E-mail : doonline2011@gmail.com
www.umie-mia.blogspot.com

* COD bagi Maskargo, KLIA, Semarak, Cempaka, Salak Tinggi, Nilai dan kawasan sekitar.